18.10.11
perkawinan adalah anugerah Allah kepada makhluknya
“Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah dia menciptakan
pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih
dan sayang(mawadah dan rahmat). Sungguh pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang
berfikir.” (al Rum: 21)
Orang-orang yang berfikir akan nampak daripada perkahwinan itu betapa indahnya kejadian alam ini dan betapa Agung Penciptanya. Allah menjadikan lelaki dan wanita kemudian Allah campakkan rasa cinta antara satu sama lain dan kemudian Allah halalkan perkahwinan sebagai wadah untuk manusia melaksanakan tuntutan cinta tersebut serta terlaksananya kasih mesra antara satu sama lain… yang dengannya manusia akan memperolehi kebahagiaan di dunia ini…dan dengannya akan mengembang dan memanjangkan zuriat manusia di bumi ini…Sesiapa yang menolak cinta dan mengharamkan dirinya daripada mengasihi orang lain ataupun dikasihi, sebenarnya dia menolak kebahagiaan yang Allah ingin kurniakan kepadanya…Begitu juga orang yang melaksanakan runtunan cinta tanpa melalui proses perkahwinan sah (atau menjurus ke arahnya) sebenarnya dia hanya ingin mendapat kebahagiaan untuk dirinya sahaja dengan memudharatkan orang lain…dan akhirnya sekelumit nikmat yang disangkakan kebahagiaan itu hanyalah fatamorgana yang akan bertukar menjadi penyesalan dan kemudharatan…Begitulah hakikatnya pada sesuatu yang Allah jadikan padanya nikmat dan rahmat maka lawannya adalah kecelakaan dan kemudharatan…
Jika rumah kediaman, kenderaan dan pokok-pokok di taman perlukan penyelenggaraan untuk mengekalkan seri dan keindahannya maka begitu juga sebuah perkahwinan tidak terkeluar daripada sunnah itu, Ia lebih memerlukan penyelenggaraan.Jika rumah hanya dijadikan tempat singgah, sampah tidak di sapu,debu tidak dilap,peralatan tidak disusun,sawang tidak dibersihkan kita boleh bayangkan bagaimana kehidupan di dalamnya.Begitu juga rumahtangga atau sebuah perkahwinan ia boleh menjadi lusuh atau pudar jika ia tidak diselenggarakan dengan baik. Jika keupayaan memenuhi keperluan asasi dalam bentuk material(tempat tinggal,kenderaan, makan minum dan pakaian) tidak ditingkatkan mengikut keperluan semasa maka ia akan terdedah kepada kelusuhan.
Begitu juga keperluan dalam bentuk maknawinya atau batinnya tidak di tingkatkan atau sekurang-kurangnya dipenuhi juga akan terdedah kepada pudarnya dan menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangga itu.Perasaan Ridha dengan apa yang ada antara suami isteri mesti sentiasa disuburkan kerana takdir Tuhan tidak sentiasa menjadikan kita senang. Kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri dan anak-anak mesti di tingkatkan dan di cari sumbernya. jika sumbernya ada pada sebuah gurauan maka kena digali sumbernya itu sehingga suami kadang kala menjadi seorang pejenaka atau pelawak yang memberi seri kepada kehidupan rumahtangganya.Malah dalam hal ini Rasulullah mengharuskan suatu pembohongan كذب dalam berseloroh (bergurau ) antara suami isteri.
Begitu juga dalam memenuhi runtunan sex… ia perlu disempurnakan sebaik-baiknya…kerana manusia tidak boleh lari daripada hakiakat kejadiannya… Sterotipe dalam apa-apa persembahan di dunia ini akan menjemukan sesiapa saja yang melaluinya terutama dalam tempuh yang begitu panjang .Kalau kemanisan… itu ada pada madu tualang dan habbatus sauda’ atau sebungkus adonan buah Goji, maka orang yang memahami wajibnya memelihara kebahagiaan rumahtangga akan merasa wajib untuk memperolehinya. Begitu juga jika rahsianya ada pada senaman “Wai Ta Kong” atau apa-apa jenis senaman yang boleh memelihara steminanya maka dia akan melaziminya. Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik dalam memelihara hal ini dari segi pemakanan dan pergerakan… jika tidak, bagaimana baginda boleh memelihara keceriaan isteri yang ramai.?

Oleh itu sesiapa yang inginkan kebahagiaan hakiki dalam kehidupan ini dia mesti menghiaskan jiwanya dengan sifat-sifat Mahmudah…Kasihilah apa saja yang Allah kurniakan kepada kita. Para Isteri atau suami, anak-anak, ibu bapa,sanak saudara, kawan-kawan dan masyarakat malah manusia dan makhluk Allah seluruhnya memerlukan kasih dan sayang kita. Kasihanilah orang-orang yang susah dan orang-orang yang belum memperolehi apa-apa yang telah kita miliki dan kita nikmati…niscaya dengan itu kita akan memperolehi Kebahagiaan Yang Dicari dan dapat Memelihara Kurniaan Yang Allah Berikan…Dan seterusnya malah segala-galanya… KEBAHAGIAAN YANG KEKAL ABADI yang dijanjikan hanya untuk orang-orang yang beriman…Amin
No comments:
Post a Comment